Assalamualaikum silent readers semua.
Minggu lepas aku pergi satu program keagamaan anjuran ISNA ataupun Islamic Society of North America dekat Chicago, Illinois. Untuk pergi ke Chicago dari Nashville mengambil masa dalam lebih kurang 8 jam mengikut Google Maps. Tapi manusia bukan robot, perlu rehat dan sebagainya, jadi kami pun sampai dalam 12 jam (amboi lari 4 jam tu). Dekat Chicago kami menumpang rumah Pn. Wan Sara, pegawai MSD (Malaysian Student Department ). So dipendekkan cerita, bermacam-macam ceramah dan talk yang kami dah pegi (mostly mengantuk sikit lah sebab dalam kereta lama sangat).
ISNA ni participants dia mostly American muslim, or paling tidak pun muslim la yang penting. In fact, kami group dari Vandy sahaja Melayu dekat situ. So ramailah orang dari pelosok Amerika ni datang program ni yang aku rasakan gathering ataupun waktu mereka berkumpul setahun sekali. Iya lah, macam orang Malaysia ni, bagi aku open house mungkin waktu gathering ni, yang penting ada makanan. Well macam-macam jenis manusia aku tengok dan hari ni aku nak suarakan kemusykilan yang terbuku di hati berkaitan tajuk entry ni iaitu aurat masing-masing.
Persoalan pertama, sebagai umat Islam yang mengimpikan syurga mestilah mematuhi segala perintah Allah right? So menutup aurat merupakan antara benda basic yang kita perlu patuhi tak kira lelaki atau perempuan. Tapi sekarang aku tengok benda ni dah macam optional, or ikut suka hati nak buat atau tak. Padahal benda wajib, tak buat berdosa beb. Banyak yang bagi alasan tak bersedia untuk melakukannya tapi setakat aku belajar Pendidikan Islam, tak pernah pun Allah cakap benda ni pilihan, bahkan wajib saudara-saudaraku. So sepatutnya kita ni kena reflect balek kat diri sendiri, betulkan niat dan bertaubat kalau-kalau pernah buat.
Persoalan kedua, kenapa melenting bila ditegur sedangkan tahu salah tak menutup aurat? Minta maaf kalau ada yang terasa tetapi kadang-kadang memang sakit hati kalau ditegur lebih-lebih lagi kalau dengan cara tegas atau kasar. Tapi kadang-kadang kalau cara lembut sudah tak berfungsi, so cara tegas ini la yang perlu digunakan. Tapi agak sedih la kalau tengok dekat FB, kadang-kadang ada status menegur saudara-saudari yang tak menutup aurat ni, diserang, dijerkah, dicaci maki oleh org yang tak menutup aurat. Tapi tak mengapalah sebab amar makruf nahi mungkar dah dilakukan, tinggal perubahan saja yang diperlukan.
Persoalan ketiga, kenapa menyamakan orang yang tak menutup aurat dengan orang yang tak menutup aurat sepenuhnya? Baiklah bab ni aku pun tak boleh dan tak reti nak ulas panjang-panjang, sebab aku tak bersedia dengan hadis ataupun ayat Al-Quran. Situasi dia selalu macam ni "eleh kau ni pakai tudung tapi baju lengan pendek, baik tak payah. Sama je macam aku yang free hair ni kau tahu". Amboi sedap je bahasa dia kan, but itu benda common la sekarang ni, pakai tudung tapi or baju elok-elok, tapi lengan pendek bagi perempuan( nampak lengan semua) dan lutut lah bagi lelaki. Aku pun sebenarnye tak berkenan dengan perempuan bertudung lengan pendek ni, sebab sepatutnya habiskan la tutup aurat tu kan..
Persoalan keempat aku, kenapa selalu gunakan alasan tak tutup aurat tapi hati masih baik. Adoi lawak pula aku dengar kalau orang cakap macam ni. Sebabnya Allah S.W.T pun tak pulak cakap tutup aurat tu mesti berhati baik. It's obvious guys, kebaikan hati itu perlu dipupuk dan disemai dalam masa yang sama mematuhi apa yang patut, especially dalam entry ni, menutup aurat. Jadi alasan hati masih baik ni bagi aku tak relevan dan mintak jangan pakai la lagi.
So lastly, aku harap kita sama-sama dapat reflect balik segala perbuatan kita, adakah betul amalan kita selama ni, hamba yang baik kah kita? patuh kah kita kepada Allah? Kat bawah aku ade selitkan satu pic aku dengan Pn wan Sara n aku nak quote sket ape die cakap oke, really in my face orang cakap. Aiseh tak de lah, in front of me je. Simpel but meaningful, "Grade is concern boys"....:D
p/s: aku berbaju kemeja lengan panjang seluar brown yellowish.


No comments:
Post a Comment