Monday, July 11, 2011

I Lost In Every Battle(not so anti-korean mode).

Assalamualaikum En, Cik, Tn, Pn dan silent readers sekalian.

     Oke entry ni tak berapa nak panjang compared to last entry, hanya nak meluahkan ape yang ter"cross" di hati la. Aku rasa banyak jejaka-jejaka Melayu yang makan hati dan mungking bersetuju la dengan post aku hari ni.Mula-mula usha pic bawah ni dulu, tenung lama-lama then continue reading. ;


     Oke mamat ni nama dia Lee Min Ho, aku cam tak lah berbulu dengan dia ni sangat macam tajuk entry la, not so anti kan, plus dia ni pun aku tak tahu cerita apa dia berlakon. Kisah mula-mula berbulu start bila die merebut NF keh3x. Sampai aku pun terpakse lah mengalah, menjadi Lee Min Ho jr. time tu. Bila hantar message or apa2 lah, kena tulis send by LMH jr. Oke btw this is the past, just nak story je lah kan. So kisah berbulu no 2 aku dekat mamat ni, bawah ni;



     Nama bro ni Won Bin, tengok nama pun dah tahu dia segan nak letak name ayah dia, anak derhaka ni oke kidding. Sincerely speaking, dia ni antara pelakon korea yang aku kenal paling lama setakat ni, sama-sama dengan BOA dan ade la beberapa lagi. Tu pun aku kenal sebab baca buku KLIK. Dari majalah ni la aku tahu banyak pasal Hollywood ,macam Lord Of The Ring, Harry Potter n etc. Oke2, back to main topik, oke kisah berbulu aku start baru-baru ni je sebab die telah cuba merebut McCh ku. Lol, agak pelik dalam banyak pelakon korea yang dia minat, kenapa aku berbulu dengan dia sorng je? Sebab dia je yang aku knal, n stakat we're close, dia je yang McC have mentioned dekat aku tentang keobsession beliau.

     Mainly this entry just nak menyatakan kekecewaan aku terhadap bintang-bintang korea yang telah merebut my special from aku. Please2x tolong cari gadis-gadis lain. Walaupun nak compare dengan kehenseman( jambu je lebih), korang yang menang, tapi korang bukan Islam, kui3x. Oke this post nampak cam desperate sangat je kan, tapi ini macam bagi hint sikit la dekat McCh aku kisah jugak dengan ke obsession beliau dekat artis2 korea ni. Btw, aku rasa post tak suka artis korea aku ni kalau ikutkan kira baik jugak la, tak mengeji sangat kan?

     Conclusion nya, aku bukan anti korea, tapi aku kecewa diorng berjaya menambat hari orang-orang special dan sekaligus mengalahkan aku. But one day we'll see who will win brah. See yaa.


Friday, July 8, 2011

Aurat Masing-Masing.


Assalamualaikum silent readers semua.

     Minggu lepas aku pergi satu program keagamaan anjuran ISNA ataupun Islamic Society of North America dekat Chicago, Illinois. Untuk pergi ke Chicago dari Nashville mengambil masa dalam lebih kurang 8 jam mengikut Google Maps. Tapi manusia bukan robot, perlu rehat dan sebagainya, jadi kami pun sampai dalam 12 jam (amboi lari 4 jam tu). Dekat Chicago kami menumpang rumah Pn. Wan Sara, pegawai MSD (Malaysian Student Department ). So dipendekkan cerita, bermacam-macam ceramah dan talk yang kami dah pegi (mostly mengantuk sikit lah sebab dalam kereta lama sangat).

     ISNA ni participants dia mostly American muslim, or paling tidak pun muslim la yang penting. In fact, kami group dari Vandy sahaja Melayu dekat situ. So ramailah orang dari pelosok Amerika ni datang program ni yang aku rasakan gathering ataupun waktu mereka berkumpul setahun sekali. Iya lah, macam orang Malaysia ni, bagi aku open house mungkin waktu gathering ni, yang penting ada makanan. Well macam-macam jenis manusia aku tengok dan hari ni aku nak suarakan kemusykilan yang terbuku di hati berkaitan tajuk entry ni iaitu aurat masing-masing.

    Persoalan pertama, sebagai umat Islam yang mengimpikan syurga mestilah mematuhi segala perintah Allah right? So menutup aurat merupakan antara benda basic yang kita perlu patuhi tak kira lelaki atau perempuan. Tapi sekarang aku tengok benda ni dah macam optional, or ikut suka hati nak buat atau tak. Padahal benda wajib, tak buat berdosa beb. Banyak yang bagi alasan tak bersedia untuk melakukannya tapi setakat aku belajar Pendidikan Islam, tak pernah pun Allah cakap benda ni pilihan, bahkan wajib saudara-saudaraku. So sepatutnya kita ni kena reflect balek kat diri sendiri, betulkan niat dan bertaubat kalau-kalau pernah buat.

    Persoalan kedua, kenapa melenting bila ditegur sedangkan tahu salah tak menutup aurat? Minta maaf kalau ada yang terasa tetapi kadang-kadang memang sakit hati kalau ditegur lebih-lebih lagi kalau dengan cara tegas atau kasar. Tapi kadang-kadang kalau cara lembut sudah tak berfungsi, so cara tegas ini la yang perlu digunakan. Tapi agak sedih la kalau tengok dekat FB, kadang-kadang ada status menegur saudara-saudari yang tak menutup aurat ni, diserang, dijerkah, dicaci maki oleh org yang tak menutup aurat. Tapi tak mengapalah sebab amar makruf nahi mungkar dah dilakukan, tinggal perubahan saja yang diperlukan. 

     Persoalan ketiga, kenapa menyamakan orang yang tak menutup aurat dengan orang yang tak menutup aurat sepenuhnya? Baiklah bab ni aku pun tak boleh dan tak reti nak ulas panjang-panjang, sebab aku tak bersedia dengan hadis ataupun ayat Al-Quran. Situasi dia selalu macam ni "eleh kau ni pakai tudung tapi baju lengan pendek, baik tak payah. Sama je macam aku yang free hair ni kau tahu". Amboi sedap je bahasa dia kan, but itu benda common la sekarang ni, pakai tudung tapi or baju elok-elok, tapi lengan pendek bagi perempuan( nampak lengan semua) dan lutut lah bagi lelaki. Aku pun sebenarnye tak berkenan dengan perempuan bertudung lengan pendek ni, sebab sepatutnya habiskan la tutup aurat tu kan..

     Persoalan keempat aku, kenapa selalu gunakan alasan tak tutup aurat tapi hati masih baik. Adoi lawak pula aku dengar kalau orang cakap macam ni. Sebabnya Allah S.W.T pun tak pulak cakap tutup aurat tu mesti berhati baik. It's obvious guys, kebaikan hati itu perlu dipupuk dan disemai dalam masa yang sama mematuhi apa yang patut, especially dalam entry ni, menutup aurat. Jadi alasan hati masih baik ni bagi aku tak relevan dan mintak jangan pakai la lagi.

    So lastly, aku harap kita sama-sama dapat reflect balik segala perbuatan kita, adakah betul amalan kita selama ni, hamba yang baik kah kita? patuh kah kita kepada Allah? Kat bawah aku ade selitkan satu pic aku dengan Pn wan Sara n aku nak quote sket ape die cakap oke, really in my face orang cakap. Aiseh tak de lah, in front of me je. Simpel but meaningful, "Grade is concern boys"....:D

p/s: aku berbaju kemeja lengan panjang seluar brown yellowish.

Thursday, June 30, 2011

Setiap Orang Ada Pendapat Sendiri.

Assalamualaikum guys....
     
                                                                                                                                                             
Oke sekarang waktu aku menulis untuk post ni, benda yang hangat sekarang ialah pasal perhimpunan Bersih
yang dianjurkan untuk katanya mendapatkan sistem pilihanraya yang bersih. Kalau dalam FB masing-masing 
come up dengan pendapat, ade yang menyokong dan ada yang tidak. Bagi aku satu je, tak kira kau sokong kerajaan yang halang perhimpunan Bersih ni, ataupun kau yang akan berarak 9 Julai ni, aku harap tiada yang melampaui batas norma manusia, terutama nanti aku pasti orang Melayu yang paling ramai akan turun padang.

            Aku sebagai orang Melayu, aku mengaku yang aku sayangkan bangsa aku yang sekarang makin berpecah. Kalau dulu orang Melayu akan bersatu atas dasar bangsa dan agama, tapi sekarang ni unsur-unsur tu dah makin hilang oleh kerana mainan politik yang memecah-belahkan umat ni. Orang Melayu sekarang ni macam berpuak-puak ikut fahaman politik masing-masing sampai ada satu tempat nak berkongsi masjid pun tak boleh padahal dalam rumah Allah, yang mana Allah tu tak pernah membezakan hambanya mengikut fahaman politik. Orang Melayu tak pernah nak ambil iktibar kisah kejatuhan kerajaan Islam, ataupun yang paling dekat kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka akibat perpecahan.

             Jadi aku tengok perhimpunan Bersih ni, walaupun matlamat dia jelas, tapi kesan negatif bagi aku lagi banyak dari positif. Walaupun sudah berjanji untuk berarak secara aman, tapi aku yakin pasti ada puak yang akan menimbulkan kecoh, atau mungkin ada yang menyamar untuk buat kecoh. Mereka yang buka ruang untuk pengacau ni menyelinap ke dalam perhimpunan ini. Bagi aku lah, tak perlu pun untuk berhimpun ramai-ramai macam ni, keadaan kita tak seteruk negara2 yang kucar-kacir akibat dari kerajaan yang digulingkan macam Mesir and etc. At the end, negara diorng still tak membangun jugak lagi. So lastly kalau tengok balik sejarah2 perhimpunan dulu yang polis dah haramkan, perhimpunan still berjalan jugak. So pesan aku dekat yang berarak, jaga diri masing2, jangan bawak anak kecil dan libatkan mereka dalam mainan politik yang diorng masih tak faham.

Adiossz...

Monday, June 27, 2011

Sekembalian ke bloggeran...

Summer2 ni macam best je tulis blog....tak tahu lah mampu atau tak untuk Istiqamah tulis mende alah ni, tapi kita tengok dulu okeh....