Thursday, June 30, 2011

Setiap Orang Ada Pendapat Sendiri.

Assalamualaikum guys....
     
                                                                                                                                                             
Oke sekarang waktu aku menulis untuk post ni, benda yang hangat sekarang ialah pasal perhimpunan Bersih
yang dianjurkan untuk katanya mendapatkan sistem pilihanraya yang bersih. Kalau dalam FB masing-masing 
come up dengan pendapat, ade yang menyokong dan ada yang tidak. Bagi aku satu je, tak kira kau sokong kerajaan yang halang perhimpunan Bersih ni, ataupun kau yang akan berarak 9 Julai ni, aku harap tiada yang melampaui batas norma manusia, terutama nanti aku pasti orang Melayu yang paling ramai akan turun padang.

            Aku sebagai orang Melayu, aku mengaku yang aku sayangkan bangsa aku yang sekarang makin berpecah. Kalau dulu orang Melayu akan bersatu atas dasar bangsa dan agama, tapi sekarang ni unsur-unsur tu dah makin hilang oleh kerana mainan politik yang memecah-belahkan umat ni. Orang Melayu sekarang ni macam berpuak-puak ikut fahaman politik masing-masing sampai ada satu tempat nak berkongsi masjid pun tak boleh padahal dalam rumah Allah, yang mana Allah tu tak pernah membezakan hambanya mengikut fahaman politik. Orang Melayu tak pernah nak ambil iktibar kisah kejatuhan kerajaan Islam, ataupun yang paling dekat kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka akibat perpecahan.

             Jadi aku tengok perhimpunan Bersih ni, walaupun matlamat dia jelas, tapi kesan negatif bagi aku lagi banyak dari positif. Walaupun sudah berjanji untuk berarak secara aman, tapi aku yakin pasti ada puak yang akan menimbulkan kecoh, atau mungkin ada yang menyamar untuk buat kecoh. Mereka yang buka ruang untuk pengacau ni menyelinap ke dalam perhimpunan ini. Bagi aku lah, tak perlu pun untuk berhimpun ramai-ramai macam ni, keadaan kita tak seteruk negara2 yang kucar-kacir akibat dari kerajaan yang digulingkan macam Mesir and etc. At the end, negara diorng still tak membangun jugak lagi. So lastly kalau tengok balik sejarah2 perhimpunan dulu yang polis dah haramkan, perhimpunan still berjalan jugak. So pesan aku dekat yang berarak, jaga diri masing2, jangan bawak anak kecil dan libatkan mereka dalam mainan politik yang diorng masih tak faham.

Adiossz...

Monday, June 27, 2011

Sekembalian ke bloggeran...

Summer2 ni macam best je tulis blog....tak tahu lah mampu atau tak untuk Istiqamah tulis mende alah ni, tapi kita tengok dulu okeh....